alamhamil.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome to the Frontpage

Tekanan Perasaan dan Keguguran

Emel Cetak PDF

Doktor, adakah tekanan perasaan boleh menyebabkan keguguran?

hamil

Tekanan sebenarnya sudah lama disyaki sebagai penyebab keguguran terutamanya diawal kehamilan tetapi setakat ini tiada bukti kukuh yang boleh menyokong teori tersebut.

Dianggarkan 10-20% kehamilan berakhir dengan keguguran, kebanyakkannya disebabkan oleh kromosom yang tidak normal atau masalah lain menganggu tumbesaran janin.

Selain dari itu, pembekuan darah tidak normal, sistem peranakan yang bermasalah seperti fibroid, polip dan endometriosis dan masalah pada serviks juga boleh menjurus kepada keguguran disamping, kekurangan hormon dan tindakan sistem imun yang menghalang implantasi dari berlaku.

Sebab sebab lain termasuklah kencing manis atau thyroid yang tidak dikawal secukupnya dan masalah perubatan yang lain yang mungkin anda tidak sedari.

Sekiranya anda risau tentang sejarah keguguran anda, jumpa doktor untuk pemerikasaan dan pastikan anda bebas dari masalah perubatan atau sistem peranakan sebelum mencuba untuk hamil sekali lagi.

Dikemaskini pada Selasa, 27 Julai 2010 03:12
 

Kehamilan Luar Rahim

Emel Cetak PDF

uar rahimSalah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).

Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Gejala dan Tanda

Dikemaskini pada Selasa, 27 Julai 2010 02:26 Baca lagi...
 

Fakta Ovarian Cyst Yang Perlu Anda Tahu

Emel Cetak PDF

 1.     Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.

2.     Terdapat pelbagai  jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.

3.     Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.

4.     Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.

5.     Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.

6.     Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.

Dikemaskini pada Sabtu, 24 April 2010 05:44 Baca lagi...