1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.
3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.
6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.







Salah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).