alamhamil.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Utama Tentang Kami
Tentang Kami

Dr Raja Juhaidah


Salam perkenalan semua. Bagi mereka yang belum mengenali diri saya, saya adalah salah seorang pengasas laman web ini dibantu oleh Fara dan Azri webmaster yang sangat saya terhutang budi. Merekalah yang menyebabkan impian saya jadi kenyataan.

Rancangan untuk membina laman web kehamilan sebenarnya sudah lama, bila saya mula berjinak jinak dengan dengan internet sejak tahun 1999.

Walaubagaimanapun, saya cuma mula mengumpul bahan-bahan yang diperlukan secara perlahan-lahan hanya setelah saya menjadi doktor pakar swasta.

Bukan senang untuk membuat translasi terma perubatan dalam bahasa melayu dengan ayat yang mudah difahami. Ia sememangnya mengambil masa dan ditambah pula kerjaya yang sibuk dan masa yang tidak mengizinkan. Jangan lupa saya juga adalah seorang ibu kepada 3 anak dan mempunyai kerjaya sepenuh masa. Ia sememangnya sukar.

Walaubagaimanapun, sekarang saya bersukur kerana penat lelah saya akhirnya membuahkan hasil yang menakjubkan.

Terima kasih kepada Azri dan Fara. Saya memang berharap mendapat sokongan dari anda semua dan jangan lupa untuk memberikan ‘feedback’ terhadap laman ini.

Terima kasih.

 

Azri & Fara


Awal September 2007 merupakan pertemuan pertama kami dengan Dr. Raja Juhaidah untuk rutin pemeriksaan pertama. Kami memilih untuk berjumpa beliau setelah kami mengetahui pengalaman ibu-ibu lain yang banyak memuji dan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Alhamdulillah kami membuat pilihan yang betul dan masih bersama beliau sehingga kini.

Segalanya berjalan lancar sehingga pemeriksaan pada minggu ke-15 dimana bayi dalam kandungan Fara terpaksa digugurkan mengikut saranan Doktor. Sedih memang lah sedih. Setelah menunggu selama 2 tahun lebih, bayi pertama kami terpaksa digugurkan. Namun kami pasti ada hikmah disebaliknya.

Dengan layanan mesra Doktor, kami masih berhubungan dengan Doktor melalui blognya walaupun tidak lagi menjalani pemeriksaan. Doktor menjadi rujukan saya dan rakan-rakan.

Melalui emel kepada Azri, Doktor menyatakan hasratnya untuk membina laman web alamHamil ini. Alhamdulillah pucuk dicita, ulam mendatang. Kami juga telah lama mempunyai impian untuk membina laman web sendiri. Impian Doktor secara tidak langsung memberi peluang kepada kami untuk merealisasikan hasrat kami sendiri.

Dengan sedikit pengetahuan untuk membina laman web dan segala material yang dikumpul oleh Dr. Raja Juhaidah serta minat dan pengetahuan beliau terhadap internet dan grafik memudahkan lagi kami membina laman web ini.

Terima kasih sekali lagi di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan oleh Dr. Raja Juhaidah. Kami pasti banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada laman web ini. Kami juga berharap dapat mengumpul ramai ahli baru.

Marilah bersama-sama menyertai Dr. Raja Juhaidah dalam komuniti alamHamil ini. Sekian, Terima Kasih.