Merancang Untuk Hamil
UPT Samar dan Kehamilan
- Details
- Parent Category: Kehamilan
- Category: Merancang Untuk Hamil
- Created on 29 January 2008
- Last Updated on 18 April 2012
- Published on 29 January 2008
- Hits: 47216
Ujian air kencing saya menunjukkan tanda samar. Adakah saya hamil?
Untuk mendapat ujian yang positif, tubuh kita harus mempunyai hormon HCG yang cukup. Walaubagimanapun, tidak semua kit ujian boleh mengesan kehamilan pada jumlah hormon HCG yang sama. Ada yang lebih sensitif walaupun dengan kandungan hormon yang sedikit. Sekiranya keputusan hanya menunjukkan jalur yang samar, kemungkinan ia bukanlah satu kit ujian yang sensitif.
Sebab lain pula ialah, usia kandungan yang terlalu muda, jadi horman HCG dirembeskan masih terlalu sedikit. Jangan rasa cemas sekiranya kejadian ini berlaku, anda perlu menunggu 2-3 hari untuk mengulangi ujian tersebut dan sekiranya anda betul-betul hamil, ia akan menjadi positif seratus peratus dan tidak lagi samar.
Kandungan bermasalah juga boleh menyebabkan kesan samar pada ujian air kencing, Sekiranya anda mempunyai keputusan positif tetapi beberapa hari kemudian ia menjadi negatif, anda mungkin mengalami keguguran.
Penyelidikan telah menunjukkan, 20-30% dari kehamilan berakhir dengan keguguran dan kebanyakkan dari wanita tidak menyedari tentang keguguran ini kerana ia terjadi terlalu awal dan berlaku lebih kurang sama tarikhnya dengan haid anda yang seterusnya.
* UPT - Urine Pregnancy Test



/ 3