Selamat Datang ke alamhamil.com

Salam perkenalan. Selamat datang ke alamHamil.com. Portal kehamilan ini diwujudkan untuk dijadikan rujukan dan panduan tentang kehamilan, kelahiran, penyusuan dan juga masalah kesuburan yang kerap berlaku dikalangan wanita hari ini.
Ia bertujuan untuk menjadi persinggahan 'one stop" dengan informasi yang padat dan senang difahami untuk wanita mencari maklumat serta bertukar-tukar pandangan tentang apa jua yang berkaitan dengan kehamilan.
Walaupun laman ini khusus untuk wanita hamil, yang bakal melahirkan dan sedang berusaha untuk hamil, sudut forum kami adalah lebih umum. Anda boleh bertanya tentang apa jua soalan tentang masalah perubatan, pembedahan atau sakit puan walaupun ia tiada kena-mengena dengan masalah kehamilan.
Layarilah ruangan galeri kami untuk maklumat berfoto kerana ia boleh memberikan gambaran yang lebih khusus tentang sesuatu prosedur.
Terdapat klip-klip ultrasounds menakjubkan yang menunjukkan gambaran keadaan bayi didalam rahim dan, ada juga foto bayi baru lahir yang comel yang sempat dirakamkan.
Anda juga boleh menghantar gambar bayi kesayangan anda untuk dikongsi bersama rakan yang lain.
Ruangan video yang akan ditambah sedikit demi sedikit dimasa hadapan, menjadikan laman ini unik dengan sendirinya. Anda pasti tidak mahu ketinggalan!
Selamat melayari alamhamil.com!



Pengenalan