alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Bayi Baru Lahir

Menjaga Tali Pusat Bayi

User Rating:  / 0
PoorBest 
Bayi baru lahir

Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat. Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa.

Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin sebelumnya. Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya.

Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan?

Tali pusat bayi tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa.

 Cara menjaganya

 1.     Pastikan Ia bersih. Anda boleh mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang  bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan ‘cotton bud’ .Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.

 

2.     Biarkan ia kering. Dedahkan tali pusat untuk mempastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.

 3.     Mandi gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan mengunakan tub atau sink.

4.     Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang.

 Tanda jangkitan

selepas 2 hariSemasa tempuh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor dengan segera,

  • Kelihatan kemerahan dan bengkak
  • Berdarah tanpa berhenti
  • Keluar nanah
  • Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

 

 

 

You are here: Utama Artikel Kehamilan Bayi Baru Lahir Menjaga Tali Pusat Bayi