alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Keguguran

Kandungan Molar (Anggur)

User Rating:  / 4
PoorBest 

Kandungan molar atau anggur berlaku apabila terdapat kecacatan pada kormosom yang menghalang kehamilan ini berkembang seperti biasa. Ia berlaku kerana genetik telur yang tidak lengkap menyebabkan sperma membahagi dengan sendirinya dan dengan secara tidak normal. Ini menyebabkan rahim membesar dengan cepatnya mengakibatkan pendarahan dalam rahim dan dari faraj.

Gejala dan tanda

Gejala dan tanda (symptom) kandungan molar:

  • Pendarahan dari faraj
  • Loya dan muntah yang luar biasa
  • Sakit tiroid akibat hormone berlebihan
  • Hormone hCH yang tinggi
  • Tiada degupan jantung atau tiada janin
  • Rahim yang membesar dengan cepat
  • Darah tinggi sebelum usia kandungan 24 minggu
  • Keluar tisu yang berupa anggur dari faraj
  • Ultrasounds menunjukkan ‘snow-storm effect’ dalam rahim.

Bagaimana ia dirawat?

Tidak semua wanita mengalami kesemua tanda di atas dalam masa yang sama. Kadang-kadang agak sukar bagi doktor anda membuat diagnosa klinikal yang tepat disebabkan tanda-tanda yang tidak jelas. Tetapi sekiranya ujian darah menunjukan hCG yang terlalu tinggi, diagnosa kandungan molar akan dapat dibuat senang.

Selalunya doktor akan melakukan prosedur menyedut dalam dan cuba membuang sebanyak mungkin tisu-tisu yang ada di dalam rahim kerana sekiranya ia tertinggal terlalu banyak, ia mungkin merebak semula. Ujian seterusnya untuk memastikan yang tahap hormon hCG dalam ukuran yang normal dengan mengambil ujian darah di klinik untuk selama beberapa minggu.

Wanita akan dinasihatkan untuk tidak hamil sekurang-kurangnya satu tahun selepas hormon kembali normal untuk memastikan anda bebas sepenuhnya dari penyakit ini. Peluang untuk anda mengandung normal adalah tinggi walau bagaimanapun risiko untuk mendapatkan molar untuk kali kedua ialah 1-2%.

You are here: Utama Artikel Kehamilan Keguguran Kandungan Molar (Anggur)