alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Masalah Hamil

Jangkitan Kuman Semasa Hamil

User Rating:  / 2
PoorBest 
Jangkitan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Kehamilan ialah masa dimana sesetengah jangkitan adalah lebih kerap terjadi dari biasa dan sesetengahnya boleh membawa risiko kepada dirinya dan anak didalam rahim.

Demam Selsema Dan Batuk

Kerap terjadi semasa hamil tetapi tidak merbahaya kepada kandungan. Rawatan termasuklah minum air lebih dari biasa dan banyakkan berehat. Ubat selsema adalah selamat dan panadol boleh diambil sehingga 1 gram 4 kali sehari jika perlu. Sekiranya batuk semakin menjadi-jadi dan kahak bertukar menjadi kehijauan, anda sudah dijakiti kuman dan memerlukan rawtan antibiotik. Kebanyakkan ubat antibiotik yang selamat untuk dimakan semasa hamil tetapi beritahu doktor anda yang anda sedang mengandung.

Jangkitan Faraj

Jangkitan fungus (kulat)

Kehamilan menyebabkan wanita lebih senang untuk mendapat jangkitan fungus dan kebanyakkannya disebabkan oleh candida albicans. Kulat ini berada dalam faraj 16% wanita tidak hamil dan 32% wanita hamil. Ia mungkin tidak memberi apa-apa simtom tapi ramai yang mengadu gatal-gatal, sakit dan keluar lendir berwarna putih yang berkeping-keping.

Ia lebih mudah terjangkit pada kandungan ke 2 dan seterusnya, pada trimester ketiga, selepas memakan antibiotik dan dikalangan wanita yang mengalami diabetik. Rawatan selalunya mengunakan antifungal yang dimasukan ke dalam vagina. Ubat makan tidak disarankan semasa hamil. Kaum lelaki juga senang mendapat jangkitan fungus. Ia akan menyebabkan kemerahan dan kesakitan pada zakar dan bintik kecil padanya.

Group B Streptococcus (GBS)

Ialah bakteria yang menjangkiti 15-20% wanita hamil dan selalunya tidak memberi apa-apa simtom langsung. Jarang-jarang, kuman ini akan berjangkit kepada bayi yang boleh meyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk selepas lahir. Rawatan antibiotik akan diberikan kepada wanita berisiko mendapat GBS iaitu meraka yang pernah mengalami pecah ketuban sebelum bersalin, kelahiran sebelum 37 minggu, demam atau bayi sebelumnya pernah mengalami jangkitan kuman GBS.

Jangkitan Kuman Yang Berjangkit Melalui Hubungan Seks Atau STD

Jangkitan kuman yang tersebar melalui seks boleh berjangkit kepada bayi dan menyebabkan komplikasi yang teruk. Walaubagaimanapun, di Malaysia, ia bukan sesuatu yang kerap berlaku disebabkan polisi kerajaaan yang menyarankan semua wanita hamil menjalani ujian darah untuk memastikan yang mereka bebas dari kuman STD. Ujian tersebut ialah : VDRL, Hepatitis-B dan HIV.


Jangkitan Kuman Pada Pundi Kencing (UTI)

UTI lebih kerap terjadi kepada wanita hamil, kerana tindakan hormon menyebabkan aliran air kencing menjadi lebih perlahan dan senang bertakung didalam pundi kencing menyebabkan UTI senang terjadi. Dianggarkan 1 dalam 25 wanita hamil megalami jangkitan ini. Simtom termasuklah, rasa sakit pada ari-ari, kencing dengan lebih kerap dan sakit semasa kencing. Sekiranya tidak dirawat, kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan sakit belakang, demam dan muntah. Ia juga boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang.

Sekiranya rawatan diberikan pada peringkat awal, jangkitan buah pingang boleh dicegah. Selalunya doktor akan membuat ujian dimana air kencing akan diperiksa dengan mengunakan alat mikroskop dan kuman akan dikultur untuk mengetahui jenisnya. Sekiranya jangkitan tidak seberapa, ubat antibiotik akan diberikan dan pesakit cuma akan dirawat sebagai pesakit luar. Tetapi sekiranya ia sudah dalam keadaan teruk, pesakit akan dimasukkan kehospital untuk rawatan yang lebih intensif.

Toxoplasmosis

Ia disebabkan oleh kuman yang dinamakan toxoplasma gondii, yang terdapat pada makanan daging mentah dan najis kucing. Jangkitan semasa hamil boleh merebak kepada bayi dan menyebabkan komplikasi yang dinamakan congenital toxoplasmosis tapi ini cuma berlaku pada 30-40% wanita yang terkena jangkitan kuman ini. Jangkitan toxoplasmosis boleh menyebabkan keguguran, kematian bayi didalam kandungan, masalah penglihatan pada bayi, otak bengkak dan kejadian sawan.

Walaupun ia agak serius, ia amat jarang berlaku. Wanita yang mempunyai kucing tidak perlu membuang kucing mereka semata-mata kerana takut mereka boleh dijangkit kuman ini.

Ambilah langkah berjaga-jaga ini, makan cuma yang dimasak sahaja, basuh tangan dan alatan yang digunakan untuk semasa makanan mentah. Ulam dan sayuran mentah hendaklah dibasuh dengan lebih teliti. Gunakan sarung tangan untuk mengendalikan najis kucing atau menyuruh suami mengendalikannya.

Chicken Pox (CP)

Agak kerap wanita yang hamil dijangkiti CP. Sekiranya anda dijangkiti kuman CP sebelum hamil, tiada risiko terhadap bayi dalam kandungan anda. Sekiranyapun anda tidak ingat yang anda mengalami CP, ada kemungkinan yang anda sudahpun imun kepada CP disebabkan oleh jangkitan yang terjadi secara senyap. Anda boleh membuat ujian darah untuk mengesahkan samada anda sudah mengalami CP atau tidak.

Risiko terhadap bayi sekiranya ibu mendapat CP

Sebelum 20 minggu- risiko untuk sebarang jangkitan terhadap bayi adalah sangat rendah. Jangkitan pada 6-16 minggu: cuma 0.4% akan terkena jangkitan dan pada 14-20 minggu risiko cuma 2%. Sekiranya ia berlaku semasa usia 20 kehamilan minggu keatas, risiko untuk bayi langsung tiada.

Walaubagaimanapun sekiranya ibu mendapat jangkitan semasa hendak melahirkan, bayi mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk selepas dilahirkan dan mungkin membawa kematian.

 

You are here: Utama Artikel Kehamilan Masalah Hamil Jangkitan Kuman Semasa Hamil