alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Semasa Hamil

Terbang Semasa Hamil

User Rating:  / 3
PoorBest 

Ramai wanita yang merasa curiga samada mereka selamat atau tidak untuk menaiki kapal terbang semasa hamil. Secara umumnya, wanita yang sihat adalah selamat untuk menaiki kapal terbang, walaubagaimana selepas 36 minggu ia tidak digalakan. Pastikan anda mengetahui tentang polisi syarikat penerbangan masing-masing ada yang menghadkan 32 minggu sebagai tahap yang dibenarkan dan ada juga yang melarang sekiranya kandungan sudah melebihi 28 minggu.

Wanita yang mengalami pelbagai komplikasi kehamilan dan di anggap sebagai 'high risk' tidak digalakan untuk menaiki kapal terbang. Ini termasuk kencing manis yang tidak terkawal, placenta previa, darah tinggi dan mereka yang berisiko untuk keguguran dan kelahiran pra-matang.

Sentiasa bertanya kepada doktor anda sebelum perjalanan. Tidak semua syarikat kapal tebang memerlukan surat pengesahan doktor tetapi ia lebih baik sebagai tindakan berjaga-jaga untuk mengelakkan dari kesusahan yang mungkin timbul kelak.

Terbang Semasa Di Awal Kehamilan

Ia selamat tetapi menjadi kekuatiran ialah simtom seperti muntah-muntah dan alahan mengandung. Ia mungkin boleh menjadi teruk semasa diudara.. Anda mungkin perlu membawa beg-beg plastik kecil tambahan sebgai langkah berjaga-jaga. Selepas semester kedua pula ada sedikit risiko masalah kejadian darah beku Ini adalah tip-tip yang anda boleh amalkan semasa terbang diudara:
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa
  • Beli stocking yang boleh mengalakan pengaliran darah dari kaki ke jantung, stoking ini ada dijual difarmasi
  • Jangan silangkan kaki anda semasa perjalanan
  • Minum air secukupnya
  • Berjalan-jalan semasa diudara
  • Tinggikan kaki sekali sekala
  • Buat senaman kaki dan meregang.
You are here: Utama Artikel Kehamilan Semasa Hamil Terbang Semasa Hamil