alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Semasa Hamil

Jangkitan Kulat pada Faraj

User Rating:  / 5
PoorBest 

Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil.

Apa yang menyebabkan ia terjadi?

Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut:
  • Perubahan hormon semasa hamil
  • Pemakanan pil perancang
  • Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
  • Penyakit kencing manis
  • Hubungan seks
  • Douching
  • Darah dan air mani

Apakah simtom jangkitan kulat?

Simtom-simtom termasuk:
  • Gatal, pedih dan sakit pada faraj
  • Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
  • Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
  • Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.

Apakah penyakit-penyakit lain yang saya mungkin hadapi?

Jangkitan kuman kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhea, atau trichomoniasis dan juga jangkitan bacterial vaginosis

Macam mana untuk membuat diagnosa masalah jangkitan ini?

Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan vaginal untuk melihat corak keputihan tersebut dan selalunya diagnosa akan dibuat secara klinikal. Sekiranya ragu, doktor akan mengambil swab dan menghantar kemakmal untuk ujian kultur.

Bagaimana jangkitan kulat ini dirawat?

Ia boleh dirawat dengan mengunakan ubat anti fungal yang diletakan didalam faraj. Ia selalunya akan mengurangkan gatal-gatal dengan cepat dan jangkitan selalunya akan hilang selepas satu minggu. Terdapat juga ubat yang dimakan tetapi akan mengambil sedikit masa untuk merawat kegatalan. Anda boleh bertanya kepada doktor ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat sakit dan pedih disekitar faraj.

Bagaimana saya boleh mencegah jangkitan ini dari berlaku?

Jangkitan kulat boleh dicegah dengan mengamalkan perkara berikut:
  • Elakkan dari memakai seluar ketat dari kain bersintetik
  • Pakai seluar dalam dari kapas
  • Basuh faraj secara rutin dan keringkan ia selalunya.
  • Sapu faraj dengan tuala dari depan kebelakang
  • Mandi selepas aktiviti berenang dan keringkan faraj sebaiknya
  • Tukar seluar dalam sebaik sehaja selepas bersenam atau aktiviti lasak.
  • Jangan douche atau gunakan spray haruman pada faraj
  • Jangan pakai panty-liner
  • Jangan gunakan kertas tandas yang wangi atau berwarna
  • Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.
  • Amalkan memakan yogurt untuk mengalakan pertumbuhan bakteria baik dalam faraj.

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Sekiranya anda mendapati simtom kegatalan masih tidak berubah selepas 3 hari rawatan atau simtom datang balik selepas rawatan, berjumpa balik dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin mengalami jangkitan yang lebih serius.
You are here: Utama Artikel Kehamilan Semasa Hamil Jangkitan Kulat pada Faraj