alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Sukar Hamil

Ovarian Cysts - Gejala, Kesan ke atas Kesuburan dan Rawatan

User Rating:  / 7
PoorBest 

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

You are here: Utama Artikel Kehamilan Sukar Hamil Ovarian Cysts