alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Ingin Hamil

BBT dan Lendir Serviks

User Rating:  / 2
PoorBest 

Suhu asas badan dan lendir serviks

Sekiranya anda sedang cuba untuk mengandung atau cuba mengelak dari mengandung, adalah berguna sekiranya anda mengetahui masanya subur anda kerana anda boleh merancang hubungan kelamin anda pada waktu yang lebih sesuai.

Ramai yang mengunakan kit ovulasi kerana ia senang dan boleh mengenal pasti dengan lebih tepat bilakah tarikh ovari anda akan mengeluarkan telur tetapi cara yang lebih semulajadi ialah dengan merasa sendiri bilakah waktu subur anda iaitu dengan mencatit suhu asas badan (BBT) dan dengan memerhati perubahan corak lendir yang dikeluarkan oleh serviks anda.

Apa itu suhu badan asas (Basal body tempature BBT)?

 


 

Ialah suhu badan yang diambil semasa anda bangun dari tidur setiap pagi iaitu sebelum anda bangun dari katil atau mengosok gigi anda. Masukkan termometer ke dalam mulut anda untuk sekurang-kuranya 60 saat dan catitkan bacaannya.
Adalah penting untuk anda mengambil suhu ini dalam masa yang sama setiap pagi. Pastikan anda catitkan bacaan suhu itu dan plotkan pada carta khas untuk BBT. Selalunya semasa berlaku ovulasi, suhu badan akan naik sebanyak 2-3 darjah selsius sehingga anda mengalami haid seterusnya.

Apa itu lendir mukosa?

Faraj kita mengeluarkan banyak jenis cecair dan salah satunya ialah lendir yang dikeluarkan oleh serviks. Lendir ini berubah mengikut masa kitaran haid disebabkan oleh terdapatnya perubahan hormon. Anda boleh mengunakan tangan anda atau kertas untuk untuk memeriksa lendir serviks ini.

Pada hari tidak subur, lendir akan menjadi lebih melekit dan ringan, beberapa hari sebelum ovulasi, anda akan perasan yang lendir akan menjadi semakin banyak dan menjadi lebih cerah dan berlendir seperti putih telur.Pada masa inilah anda mempunyai kesuburan yang optimal dan perubahan ini berlaku disebabkan oleh pengeluaran hormon estrogen.

Mana satu yang perlu saya catitkan?

Yang terbaiknya ialah mencatit kedua –duanya sekali kerana ia boleh memberikan gambaran yang maksima tentang hari subur anda.
You are here: Utama FAQs Kehamilan Ingin Hamil BBT dan Lendir Serviks