alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Sukar Hamil

Pendarahan Faraj Tidak Normal

User Rating:  / 2
PoorBest 

Ramai wanita mengalami pendarahan rahim yang tidak normal sekurang-kurangnya sekali pada usia reproduksi. Tempoh yang paling kerap terjadi ialah pada tahun tahun pertama selepas haid iaitu semasa remaja dan dua atau tiga tahun terakhir haid sebelum menopos. Kebanyakan dari pendarahan ini adalah ringan dan tidak berkait dengan masalah organ peranakan dan selalunya hilang dengan sendiri, tetapi pada segelintir wanita, ia mungkin merupakan tanda serius yang memerlukan rawatan segera.

Gejala Yang Kerap Terjadi

Anda mungkin mengalami pendarahan rahim yang tidak normal jika anda kerap menukar pad disebabkan aliran haid menjadi lebih lebat dari biasa. Ia juga tidak normal sekiranya aliran masih banyak walaupun sudah lebih dari tujuh hari.

 Anda juga dikatakan mengalami pendarahan tidak normal sekiranya sekiranya tiada haid langsung selama berbulan bulan.

Pendarahan faraj tidak normal dan menjadi serius sekiranya

  • Pendarahan berlaku di tengah bulan
  • Pendarahan berlaku semasa dan selepas hubungan seks
  • Pendarahan yang disertai dengan darah beku yang besar
  • Belaku pendarahan yang banyak sehingga membasahi kain dan kerusi yang anda duduk
  • Pendarahan yang disertai dengan bau yang tidak menyenangkan
  • Pendarahan yang disertai dengan sengugut
  • Pendarahan berlaku selepas menopos

Punca Pendarahan

Pendarahan haid yang banyak atau menorrhagia biasanya terjadi disebabkan ketidakseimbangan hormon di kalangan remaja pada tahun-tahun selepas bermulanya haid, atau wanita yang menghampiri menopos.

Haid pada usia remaja dan pada sekitar menopos bergantung pada tahap hormon yang dikeluarkan oleh ovari. Jika ovulasi tidak terjadi secara teratur, berlaku ketidakseimbangan hormon dan haid menjadi tidak normal. Pendarahan sebegini tidak serius dan jarang memerlukan rawatan.

Mereka yang mengunakan alat pencegah hamil juga terdedah kepada pedarahan tidak normal seperti alat dalam rahim atau IUD ( Intrauterine contraceptive device) kerana ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan Implanon yang boleh menyebabkan anda tidak mengalami haid  berbulan bulan lamanya. Pendarahan dari punca ini adalah normal kerana ia cuma sebahagian dari kesan sampingan sahaja dan tidak memerlukan sebarang rawatan sekiranya ia ringan dan tidak menganggu cara hidup anda.

Penyebab pendarahan serius termasuklah

  • Fibroid
  • Polip pada rahim and pangkal rahim
  • Jangkitan kuman pada vagina dan pelvis
  • Kanser rahim
  • Kanser pangkal rahim

Dalam kes yang amat jarang, pendarahan tidak normal mungkin disebabkan berlakunya ketidaknormalan pada sistem pembekuan darah dimana pesakit bukan sahaja mempunyai pedarahan haid yang banyak tetapi juga berdarah dari hidung, gusi dan najis.

Apa yang perlu lakukan

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj yang luarbiasa, adalah amat penting untuk anda memastikan ia bukan masalah serius. Hanya doktor yang akan memberikan jawapan yang tepat samada ia berpunca dari hormon atau sebaliknya.

You are here: Utama Artikel Kehamilan Sukar Hamil Pendarahan Faraj Tidak Normal