alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Artikel Kehamilan

Makanan Yang Perlu Dihindar Semasa Hamil

User Rating:  / 8
PoorBest 

Semasa mengandung, adalah amat penting bagi anda mengelak dari memakan makanan yang biasa dimakan semasa anda belum hamil. Ini kerana sesetengah makanan membawa kuman dan bahan pencemaran dan boleh memberikan kesan yang negatif kepada kandungan anda.

Makanan yang perlu dihindar

Telur mentah: kerana ia megandungi salmonella
Daging atau ikan mentah atau separuh masak : kerana ia mengandungi kuman e.coli dan salmonella dan toxoplasmosis. Contoh sushi dan shellfish

Hati lembu : kerana ia mengandungi vitamin A yang berlebihan
Aspartame : pemanis tiruan kerana ia dikaitkan dengan racun
Beberapa jenis ikan : tuna kerana ia mengandungi merkuri
Makanan yang memberi allergi kepada anda
Vitamin E yang berlebihan
Vitamin A yang berlebihan

Tip-tip Untuk Menyediakan Makanan Yang Selamat

  1. Hindar dari mengunakan tin atau jar yang sudah bocor atau tidak mempunyai bunyi pop semasa membukanya.
  2. Nyahbeku sepenuhnya makanan beku didalam peti sejuk seperti daging, sebelum memasaknya, jangan menyahbeku dalam suhu bilik.
  3. Jangan bekukan balik makanan yang sudah dinyahbeku.
  4. Bila membeli belah, hindar dari makanan kurang segar dan yang tidak diletakkan dalam ais.
  5. Sentiasa membasuh tangan selepas menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
  6. Jangan mencampur adukkan makanan.
  7. Basuh sayuran dengan sepenuhnya. Ia mungkin mengandungi salmonella.
You are here: Utama Artikel Kehamilan Semasa Hamil Makanan Yang Perlu Dihindar Semasa Hamil