alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Mencegah Hamil

Ketahui Pil kecemasan atau 'after morning Pill'

User Rating:  / 10
PoorBest 

Morning after Pill adalah adalah salah satu cara perancang kecemasan untuk menghalang wanita dari hamil selepas hubungan seks. Ia sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama tetapi tidak ramai wanita sedar tentang kewujudan pil sebegini. Morning after Pill sesuai kepada wanita yang tidak mempraktis sebarang kaedah pencegah kehamilan semasa hubungan seks berlaku.

Begini caranya ia bertindak. Persenyawaan sebenarnya jarang berlaku sejurus sahaja selepas hubungan seks. Sebaliknya ia lebih kerap terjadi beberapa jam selepas ovulasi. Dalam tempoh masa diantara hubungan seks dan persenyawaan, sperma masih lagi dalam perjalanan ke salur fallopian sebelum bertemu dengan telur. Jadi inilah asasnya Pill 'morning after'. Ia menghalang persenyawaan dan implantasi hasil dari tindakan hormon progestin.

Ramuannya pil ini lebih kurang sama dengan pill perancang, cuma ia dalam dos yang agak tinggi. Terdapat 2 jenis, satu mengandungi progestin sahaja satu lagi mengandungi kombinasi progestin dan estrogen. Caranya; progestin menyebabkan cecair fallopian menjadi likat dan penghalang sperma dari mendekati telur dan sekiranya persenyawaan berlakupun, progestin akan menyebabkan persekitaran rahim menjadi tidak sesuai untuk implantasi berlaku. Tindakan estrogen pula menghalang ovari dari mengeluarkan telur seterusnya ovulasi tidak berlaku.

Pil ini perlu dimakan dalam masa 72 jam selepas hubungan seks dengan dos kedua dimakan 12 jam kemudiannya. Kesan sampingan termasuklah rasa loya, muntah, sengal perut, keletihan, sakit kepala dan pening. Ia berkesan mengurangkan risiko kehamilan sehigga 80% selepas satu kali hubungan dan keberkesanan menjadi lebih tinggi sekiranya dimakan dalam masa terdekat. Walaubagaimanapun ia tidak sesuai dijadikan alat pencegah kehamilan yang rutin disebabkan kadar kehamilan yang tinggi berbanding dengan alat pecegah kehamilan yang lain. Bertanya dengan doktor anda untuk maklumat yang lebih lanjut.

You are here: Utama Artikel Kehamilan Mencegah Hamil Ketahui Pil kecemasan atau 'after morning Pill'