alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Masalah Hamil

Kehamilan Kembar

User Rating:  / 6
PoorBest 

Kelahiran kembar menjadi lebih kerap terjadi kebelakangan ini disebabkan oleh teknologi kesuburan yang semakin maju dan juga kerana pengunaan ubat kesuburan yang semakin banyak.

Terdapat banyak sebab kenapa ia terjadi.

Telur yang dilepaskan lebih dari 1 semasa ovulasi. Ia selalunya terjadi disebabkan oleh ubat kesuburan dan membentuk kembar tidak seiras.
Dalam kes kembar seiras pula, satu telur dilepaskan tapi terbelah menjadi dua. Selalunya ia terjadi secara semulajadi tanpa apa-apa ubat.
Dalam kes bayi tabung uji dimana, selepas persenyawaan dibuat diluar rahim, 3 atau lebih telur yang telah tersenyawa diletakkan balik kedalam rahim. Kebarangkalian untuk semua telur melekat adalah rendah tetapi ia boleh terjadi.

Bagaimana Saya Tahu Ia Kandungan Kembar?

Imbasan Bunyi atau Ultrasound ialah cara yang mudah untuk anda mengetahui samada anda hamil kembar. Segelintir dari wanita tidak mengetahui sehingalah saat mereka hendak melahirkan. Anda boleh mengagak yang anda hamil kembar sekiranya perut anda membesar dengan cepat dan semasa pemeriksaan kehamilan, doktor mungkin boleh mendengar dua denyutan jantung.

Ramai wanita yang hamil kembar mengatakan ia lebih sukar dan meletihkan. Anda membawa berat yang lebih dari biasa, termasuk uri dan air ketuban yang lebih banyak. Berat yang bertambah bermakna lebih rasa sakit belakang dan sukar untuk merasa selesa. Anda mungkin mahu mendapat lebih rehat dan berehat dari kerja lebih awal.

Komplikasi Kelahiran Kembar

Walaupun kehamilan kembar merupakan sesuatu yang cukup memberi makna bagi setiap pasangan tapi adalah penting untuk mengetahui tentang komplikasi yang mungkin timbul seperti:

Kelahiran pra-matang

Kebanyakkan kehamilan berakhir pada 38-42 minggu tetapi bagi kebanyakkan kelahiran kembar, ia selalunya berakhir 2-3 minggu lebih awal.

Bayi tidak cukup bulan

Sekiranya kelahiran pra-matang gagal dicegah, bayi akan lahir terlalu awal dan terpaksa menghadapi pelbagai komplikasi bayi pra matang: ini termasuk, kekurangan berat badan, paru-paru dan organ-organ lain yang tidak matang, masalah pernafasan dan penghadaman. Komplikasi jangka panjang pula, masalah kesukaran belajar dan tumbesaran.

Tekanan darah tinggi

Mereka yang mengandung kembar lebih kerap akan mendapat darah risiko tekanan darah tinggi semasa hamil. Doktor selalunya akan memberi perhatian yang teliti untuk mengesan komplikasi awal yang boleh membawa akibat yang buruk kepada ibu dan anak.

Kencing manis

Mereka yang hamil kembar juga lebih berisiko untuk mendapat kencing manis. Kencing manis semsa mengandung boleh menyebabkan kerosakan pada uri dan meningkatkan risiko kesukaran pernafasan pada bayi.

Transfusi kembar ke kembar (Twin To Twin Transfusion)

Bagi kembar seiras, ada kemungkinan terdapat ketidakseimbangan pengaliran darah dimana satu bayi mendapat terlalu banyak darah dan satu lagi mendapat kurang darah. Ini terjadi disebabkan pembentukkan salur darah tidak normal didalam uri. Sekiranya ini terjadi, risiko kelahiran pra-matang akan menjadi tinggi kerana doktor akan cuba menyelamatkan kedua-dua bayi dengan mempercepatkan kelahiran mereka kerana lebih lama bayi berada dalam kandungan, lebih tinggi risiko untuk kematian bayi.

Pembedahan caesarean

Kemungkinan untuk melahirkan secara normal tetap ada terutama apabila kedua-dua kepala bayi berada dikedudukan bawah. Dalam keadaan tertentu, komplikasi berlaku selepas kelahiran kembar pertama menyebabkan pembedahan caesarean terpaksa dilakukan untuk kembar kedua. Pembedahan caesarean adalah lebih selamat untuk kedudukan songsang atau kandungan kembar lebih dari satu.

Risiko-risiko lain

Termasuklah Placenta Preavia dan pendarahan semasa kelahiran.
You are here: Utama Artikel Kehamilan Masalah Hamil Kehamilan Kembar