alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Keguguran

Kehamilan Hampir Gugur

User Rating:  / 3
PoorBest 

Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

  • Merah pekat
  • Merah cair
  • Coklat
  • Kadang-kadang sangat sedikit
  • Kadang-kadang berketul darah
  • Sakit belakang
  • Sakit pada ari-ari

Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:

  • Jangkitan kuman pada faraj
  • Polip pada pangkal rahim
  • Hamil di luar rahim
  • Cancer pangkal rahim

Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

  1. Tunggu dan lihat: Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.
  2. Kurangkan aktiviti yang lasak: Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
  3. Ubat Progesterone: Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
  4. Tenangkan fikiran: Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.

 

You are here: Utama Artikel Kehamilan Keguguran Kehamilan Hampir Gugur