alamhamil.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Merawat Demam

Emel Cetak PDF

 

 

Apabila anak anda mengalami demam, ia selalunya menunjukkan yang badannya sedang melawan serangan kuman.  Walaubagaimapun, kanak-kanak juga mungkin akan cuma mengalami sedikit rasa panas, berpeluh dan rasa “feverish” tanpa betul betul mengalami demam yang sebenar. 

demam

Tidak semua bayi atau kanak-kanak akan mengalami demam walau badannya sedang melawan jangkitan kuman dan tanda-tanda mungkin berbeza diantara satu dan yang lain. Ada setengahnya mungkin aktif walaupun mengalami demam tinggi dan ada juga yang kelihatan cukup lemah walaupun cuma mengalami demam yang sederhana sahaja. Kebanyakan demam yang ringan dengan sendiri hilang selepas 2-3 hari tapi sekiranya  ia berlarutan bawalah anak anda berjumpa doktor. 

Bagaimana demam terjadi?

Demam menolong anak anda melawan jangkitan kuman dengan memberikan persekitaran yang kurang baik untuk bakteria dan virus membiak. Bahan kimia yang dirembes kedalam darah akan memberikan signal ke otak untuk menaikan tahap suhu badan kanak-kanak yang akan menolong sel darah putih melawan kuman.

Rasa mengigil adalah disebabkan oleh urat yang kejang supaya tubuh boleh meninggikan lagi suhu badan. Peluh yang terjadi semasa demam pula mencegah suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi. 

Dikemaskini pada Sabtu, 20 Jun 2009 03:26 Baca lagi...
 

Fakta Kelahiran Kembar Yang Perlu Anda Tahu

Emel Cetak PDF
Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

 

Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.

Dikemaskini pada Selasa, 23 Jun 2009 00:01 Baca lagi...
 

Hamil Selepas 35 Tahun

Emel Cetak PDF

Bagaimana usia boleh mempengaruhi kesuburan wanita?

Apabila wanita sudah mencapai usia 30’an, mereka akan mengalami kekurangan tahap kesuburan. Sebahagiannya mungkin disebabkan oleh:
  • Kurangnya bilangan telur dan juga telur yang berkualiti.
  • Kekurangan sperma berkualiti
  • Kekurangan kadar hubungan seks
  • Masalah perubatan dan juga peranakan seperti endometriosis, fibroid dan salur peranakan

Adakah hamil selepas usia 35 selamat?

Dikemaskini pada Rabu, 21 Januari 2009 01:45 Baca lagi...
 

Siapa Ditalian?

Kami ada 7 tetamu atas talian

Gambar Pilihan

nana.jpg

Tahukah Anda?

Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah

Fakta Ringkas

Asid Folic Mudah Rosak

Acid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, tetapi ia mudah rosak apabila semasa proses memasak